Wednesday, May 12, 2010

Siapa Bakal Ahli Parlimen Jerantut?

Angin mula bertiup sapa akan ganti Ku Lan? Ku Lan dikatakan sudah tidak berminat untuk menjadi Ahli Parlimen lagi tapi hingga kini UMNO bahagian Jerantut tidak ada tokoh boleh ditonjolkan. Mari kita teliti satu-satu calon penggantinya.

Setiausaha Bahagian

Dia seorang kontraktor Kelas A yang berjaya. Memiliki beberapa kereta mewah. BMWnya bernombor 1. Selalu nombor ini dimiliki oleh kerabat. Takut rakyat hendak mendekatinya. Sekarang ini menurut sumber-sumber dalam blog orang yang rapat dengan Ku Lan SU ini. Mungkin Ku Lan ingin menengahkan dia ini. Mulanya dia ni lurus tetapi sejak akhir ini dan reti sekat menyekat dan pancas memancas.

Jalaludin Ghazali, AJK Bahagian

Dia seorang kontraktor muda yang berjaya. Ada group dalam Jerantut yang ingin tonjolkan dia ini. Masalahnya dia masih muda dan banyak yang perlu dipelajarinya.

Tuan Haji Kamarulzaman Baria

Bekas ahli Parlimen Jerantut yang bertanding pada tahun 1995. Pernah menjadi think tank Datuk Seri Najib. Mempunyai hubungan yang rapat dengan PM.

Dato' Azizan Yaakob

Ini juga bekas ADUN Pulau Tawar. Dia sudah tidak berada dalam AJK Bahagian buat ketika ini. Jika teori kitar semula boleh digunapakai, Dato' Azizan dan Tuan Haji Kamarulzaman Baria merupakan dua tokoh yang boleh dikitarsemula.


Ini beberapa tokoh yang dikatakan bakal menggantikan Ku Lan. Ada beberapa tokoh yang mungkin dipertonjolkan seperti Dato' Wan Amizan. Masalah kepada Dato' Wan Amizan adalah pelajarannya walaupun dia mendakwa belajar dari luar negeri. Dia boleh menjadi ADUN tapi nak jadi Ahli Parlimen susah sikitlah sebab dia tak reti cakap orang putih.

5 comments:

menyegar said...

Salam .Dato' Wan Amizan kan berkelulusan luar negara? sudah pasti beliau boleh cakap org putih.Ntah org putih yang tak reti dengar bahasa orang putih yang di gunakan.Sebab terlalu tinggi bahasa dia gunakan

SANG PERSATA NALA said...

Wan Amizan: kasian, kasian, kasian(mcm dlm madu tiga)

SANG PERSATA NALA said...

utk wan amizan:

Kasihaannnn, kasihannn, kasihannnnn(ikut nada mcm dalam madu tiga)

Anonymous said...

jerantut sebenarnya ramai pemimpin generasi muda yang berpendidikan dan boleh harap. Ketika ini ramai memgang jawatan-jawatan penting cuma mereka tak diberi peluang di peringkat bahagian. sebab itu ramai yang mendiamkan diri @ meluat dengan pemimpin2 bahagian sekarang

Dun Tahan said...

ramai orang muda yang memegang jawatan tinggi diluar politik tetapi fahamkah mereka tentang politik